Pages

Thursday, 28 November 2013

Bagaimana 'Kau' Sekarang?

Dah hampir empat tahun berlalu sejak perkenalan kita. Dan telah hampir empat tahun juga lah kau pergi meninggalkan kami. Tunggu, tunggu, siapakah 'kau' yang sungguh istimewa ini? Kau yang aku maksudkan ni adalah haiwan peliharaan aku yang sulung. Haiwan yang pertama menghiasi rumah aku dan menghiasi hari-hari kami sekeluarga dengan telatah-telatahnya yang comel. Tapi bukan kucing, bukan arnab dan juga bukan hamster. Habis tu apa? Dia tu adalah seekor burung Merbah, atau lebih dikenali dengan nama Yellow Vented Bulbul dan nama saintifiknya Pycnonotus goiavier. Tapi kami panggil dia Kiki kat rumah. 

Sejarah Perkenalan dengan Kiki

Pada suatu hari, adik aku yang bersekolah di Tingkatan Satu sesi petang (sekarang dia Tingkatan 4) hampir-hampir je terpijak baby burung Merbah ni. Masa tu dia dalam perjalanan balik ke rumah. Baby burung Merbah yang hampir dia terpijak tu terbaring tak sedarkan diri kat atas jalan, mungkin baru jatuh dari pokok. Jadi, dia pun bawak balik rumah.

Cepat je dia membesar. Beberapa bulan selepas tu, Kiki makin rapat dengan kami sekeluarga. Dia cuma terbang dalam rumah kami, dunia dia hanyalah dalam rumah kami, bak kata peribahasa ibarat 'Burung Dalam Rumah' (diubahsuai daripada peribahasa Ibarat Katak Bawah Tempurung). Dia makan makanan kami such as nasi, buah-buahan dan dia paling suka Maggie! Yes, Maggie. Mungkin sebab dia nampak Maggie tu melengkoi-lengkoi macam cacing kot? Dan Kiki juga suka kulit udang.


Tapi makin lama, aku perasan yang dia asyik pandang ke luar tingkap. Adakah dia teringin untuk terbang bebas macam burung-burung lain? Mungkinkah naluri keburungan dia kuat untuk bebas di luar? Tapi aku terfikir jugak, bolehkah dia bawak diri and adapt dekat dunia luar yang penuh cabaran tu? Lagipun, dia tak membesar macam burung-burung lain. Bolehkah dia cari makan sendiri? Sedangkan dekat rumah, makanan pun kami yang bagi.


Saat Perpisahan Tiba Jua

Tak tau macam mana, pada suatu hari, Kiki menghilang. Puas cari dalam rumah tapi Kiki tak ada. Baru kami perasan yang tingkap kat rumah ada terbukak sikit. Selalunya kalau ada Kiki kami akan tutup semua tingkap kat rumah, takmau bagi dia keluar dari rumah. Tapi mungkin dah takdir, pada hari tu Kiki terbang ke luar. 

Kami sekeluarga doakan semoga Kiki dapat kehidupan yang lebih baik kat luar sana, dalam habitat dia sendiri, dengan spesies dia sendiri. Walaupun mungkin Kiki dah tak ada lagi di dunia ini, tapi kami selalu rindukan Kiki. Aku harap anak-anak Kiki dapat terbang bebas tanpa apa-apa ancaman pun dekat habitat diorang. Bila nampak burung-burung yang sama dengan Kiki dekat atas pokok, mesti aku akan rindukan Kiki sebab dalam family aku, akulah orang yang paling rapat dengan Kiki.



Tak ada gambar dengan Kiki, ini sumber dari Google Image.


Masa lapar, masa marah, macam ni lah muka Kiki.


We really miss you, my adorable Kiki.

Kiki, we always miss you, never forget about you. The memory you gave us were very meaningful and priceless. Wherever you now, whatever you were doing, I hope you was always happy and cloudless, just the way you are my dear.





Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Wednesday, 27 November 2013

To-Do-List After SPM

SPM tinggal seminggu saja lagi sebelum berakhir, dan cuma tinggal satu paper lagi untuk dijawab iaitu paper ICT. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku tengah menduduki SPM. Ya, SPM! Dulu bila sebut SPM, mesti aku meremang sebab ingat macam susah sangat soalan-soalan dia. Tapi bila diri sendiri yang duduki SPM, baru aku tahu yang SPM ni sebenarnya tak susah sangat pun dengan SYARAT cukup persediaan. Rasa macam tak percaya aku dah 90% mencorak masa depan aku dengan tangan aku sendiri. Perantaranya, tentulah SPM.

Walaupun SPM tak habis lagi, tapi kepala hotakku ini dah sarat dengan aktiviti-aktiviti yang aku nak buat masa cuti nanti. Even sebelum TRIAL pun, perkara-perkara ni dah bermain dalam minda aku. Tak sabar rasanya. Antaranya :-

1. Ambik Lesen Motor dan Kereta
Tak sabar nak bawak kereta sendiri. Macam best je, macam menarik je (untuk orang yang tak pernah pulas stereng kot).. Haha.. But I still have to wait for the sponsor. Mak ayah aku dah janji nak sponsor duit untuk ambil lesen ni. Jadi, kena tunggu keputusan diorang dulu baru boleh ambik. Tengoklah lepas dapat lesen ni, tak lekat kat rumah aih! Mesti ada je alasan nak keluar (nak bawak kereta sebenarnya tue, bukan nak pergi mana pun). But, WATCH OUT! Minyak dah mahal sekarang..

2.Jogging-Turunkan Berat Badan
Tahun 2013 ni memang tahun bagi aku 'menternak' lemak. Asal balik tusyen je lapar. Asal habis study je lapar. Asal balik sekolah je lapar. So, melantak sampai kenyang, tak fikir apa-apa dah. Baru-baru ni, aku dapat tahu yang berat badan aku dah naik. So, terpaksalah menjalankan misi untuk menurunkan berat badan ke paras yang sepatutnya. Dan aku pun sebenarnya dah lama tak exercise keluarkan peluh. Tak salah rasanya kalau nak freshkan otak dengan jogging. And it should start AS SOON AS POSSIBLE which is ESOK! (kalau aku rajin).

3.Kerja?
Sebenarnya kerja ni tak ada pun dekat list dalam kepala hotakku ni. Tapi kalau diberi peluang apa salahnya kan? At least, dapat jugak rasa kepuasan pegang duit hasil titik peluh dan usaha sendiri. Mak ayah aku tak bagi aku kerja sebenarnya, dengan bermacam-macam sebab musabab yang aku rasakan logik. Ayah aku kata, "Kita kalau dah mula pegang duit, kita takkan minat nak belajar lagi dah. Kita lebih suka cari duit". Mak aku kata, "Rehat je lah kat rumah, dah penat belajar. Buat apa nak cari penat lagi". Aku setuju dengan kedua-dua pendapat ni. Jadi, mungkin idea ni patut duduk kat bottom list kot?

4. Belajar Masak
Ya, aku tak pandai masak. I admit it. Mesti malang suami aku nanti, jadi bagi menidakmalangkan suami aku nanti, aku nak belajar masak. Aku minat masak ni sebenarnya, tapi sejujurnya tak ada peluang nak masak. Ni bukan satu alasan okey? Jadi aku berazam sungguh-sungguh yang aku akan jadi chef tak berapa profesional lepas SPM nanti. Dan cikgu aku, mesti lah resepi kat Internet. Hoho.. Kalau ada duit lebih bolehlah masuk kursus masakan kat mana-mana nanti.

5. Belajar Menjahit
Aku minat jugak menjahit ni. Tapi seriously aku tak reti menjahit. Even guna mesin jahit pun aku tak tau macam mana. Yang aku reti jahit guna tangan saja. Kira okeylah tu daripada tak reti langsung kan? Aku berangan sorang-sorang, nanti kalau aku dah pandai jahit, aku nak ambik tempahan. Boleh buat duit. Lepas tu nak jahit baju sendiri, tak payah nak upah mahal-mahal kat tukang jahit. Semestinya, FREE OF CHARGE!

6. Tulis Novel
Last but not least, termasuk jugak dalam senarai, nak tulis novel.. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka baca novel. Aku memang kaki novel. Ada jugak beberapa cerpen yang kononnya aku nak buat (untuk koleksi sendiri) tapi tak pernah siap pun. Yang siap cuma sinopsisnya saja. Kalau nak tulis novel, aku kena betul-betul bagi komitmen sepenuhnya dekat noel yang akan aku tulis tu. But for now, aku even tak ada sinopsis lagi tentang novel yang aku nak tulis. InsyaAllah, aku akan realisasikan jugak impian aku yang aku simpan dari darjah 6 ni.

Itulah sedikit sebanyak list yang aku karang dalam kepala hotakku ini. Aku boleh buat list banyak-banyak macam ni sebab aku tak dapat PLKN! Vaah, gembiranya hati. Aku tak check pun untuk kali kedua, sebab takut dapat pulak.
Aku rasa aku dah buat the best and all out untuk SPM 2013, penentu masa depan aku ni. Dan aku harap result yang akan keluar nanti pun akan GEMPAK macam yang aku harapkan. Aku nak gembirakan hati mak ayah aku, cikgu-cikgu aku yang dah usaha untuk aku selama ni.
WISH ME LUCK! :)


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Monday, 18 November 2013

Love In Paris

Assalamualaikum.
Love In Paris? Ya, Love In Paris.
Aku rasa sinetron ni macam lain daripada yang lain.Walaupun banyak putar belitnya, macam cerita-cerita Indonesia yang lain tapi ada banyak kejutan yang kita betul-betul tak sangka. Hilang anak? Tu memang wajib ada dalam cerita Indonesia. Dan yang buat aku berfikir apabila tengok cerita Indonesia ni, walaupun kita ada di tempat yang sama, tapi kalau Allah takdirkan kita untuk tak berjumpa, maknanya takkan berjumpa jugak.

Satu scene yang aku masih ingat sampai sekarang adalah scene selepas kematian Aliya, adik Yasmin. Yasmin menghidap leukemia sejak dia lahir, semua ahli keluarga dia jaga dia, makan ubat ikut time sampai ada jam yang ada timer, rawat dengan rapi, tapi kenyataannya ajal tetap di tangan Allah. Bukan Yasmin, tapi Aliya yang sihat walafiat dan sering diabaikan oleh mak ayah diorang yang meninggal dulu.


Salah satu keistimewaan sinetron ni (bagi aku), tempat-tempat diorang shooting sangat sangat sangat cantik dan romantis. Pelakon-pelakon dia pandai memainkan watak, sampai kadang-kadang air mata aku mengalir tanpa disedari. Dan jugak, banyak ayat-ayat cinta yang sweet-sweet.


Tapi kalau dah namanya sinetron, memang banyaklah episod. Apa yang aku dapat daripada hasil penggooglelan aku, ada pulak musim kedua cerita ni. Tu lah kelemahan dia, cerita meleret dan tak padat macam cerita Melayu kita.


Antara ayat-ayat sweet yang sempat aku salin dari sinetron ni:


"Perjuanganku semakin berat

Saat kamu bukan lagi alasanku untuk bertahan hidup
Tapi aku tahu hidupku ini masih belum berakhir
Sehingga Allah menentukan bahawa hidupku sudah selesai.."
-Reno-

"Aku butuh waktu yang lama
Untuk melihat matahari terbit dan terbenam
Aku butuh waktu yang lama
Untuk memahami kebahagiaanku yang sederhana
Aku butuh waktu yang lama
Sebelum akhirnya kamu menyadarkan aku tentang rasa
Dan
Aku butuh waktu yang lebih lama
Meyakini kalau impian aku akan menjadi nyata
Terima kasih sudah memberikan
Sunset terindah dalam hidupku."
-Yasmin-

Pertemuan pertama Yasmin dan Reno di Paris
Michelle Ziudith (Yasmin) yang comel

Dimas Anggara (Reno), senyumnya indah banget

Cantik lorh background dia

Monday, 14 October 2013

Korban dan Pengorbanan

ASSALAMUALAIKUM

Ada sebab Allah ciptakan binatang dan haiwan ini tak berakal. Dan perkara ini sangat jelas apabila tiba Hari Raya Aidil Adha. Kalaulah binatang-binatang yang nak dijadikan korban tu ada akal, dah tentu tentu sekarang ni depa dok kemas-kemas baju, siap sedia nak lari. Tapi Allah lebih bijak. Dia jadikan golongan binatang ini tanpa akal. Untuk apa? Untuk memudahkan kehidupan manusia.

Setiap tahun, binatang-binatang ni berkorban untuk manusia, mengenyangkan perut manusia. Walaupun kadang-kadang pengorbanan mereka ni langsung tak dihargai oleh manusia, bahkan lepas dimakan daging mereka ni, maka manusia pun takkan ingat lagi kat diorang. Tapi binatang ni tetap rela dikorbankan. Sebab apa? Sebab Allah dah janjikan syurga untuk mereka.

Kalau kita rela berkorban demi menyenangkan hati orang lain, maka Allah akan gantikan perkara yang lebih baik untuk kita. Sebab Allah tu Maha Adil. Dan dia Maha Mengetahui. Manusia yang sebaik-baik kejadian ini, yang diciptakan akal dan dikurniakan keupayaan untuk berfikir sepatutnya tak pentingkan diri sendiri. Dalam adab bersedekah pun, kita kena bagi barang yang paling kita sayang untuk membuktikan cinta kita kepada Allah, itulah pengorbanan sebenarnya.

Pengorbanan ni sebenarnya sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang-kadang kita je yang tak perasan. Dalam kehidupan seorang pelajar itu sendiri memerlukan pengorbanan untuk sebuah kejayaan. Dan apabila kita mencapai kejayaan yang kita kehendaki, dapat menggembirakan hati orang yang kita sayang, pada saat itu baru kita tahu kenikmatan sebuah pengorbanan dan kita tahu, pengorbanan itu bukanlah satu perkara yang sia-sia.


Salam Aidil Adha.. :D

Monday, 22 July 2013

Virus Cikgu H.S.

Assalamualaikum..
Lama tak update blog. Aku memang agak busy sikit latey ni sebab TRIAL pun dah dekat. Tapi cikgu-cikgu kat sekolah aku tu macam tak bagi kami study je, kerja sekolah punyalah berlambak.. Takpa cikgu, selagi boleh bagi cikgu bagilah. Kami anak-anak murid ni terima dengan hati yang terbuka. Nanti tahun depan rindu pulak nak buat homework banyak-banyak cam gini..

Nampak tajuk kat atas? Cikgu H.S. tu bukan nama sebenar. Aku dengan kawan-kawan aku yang nickname kan dia. Dia ni cikgu practical, aku pun tak sure bila dia start practical kat sekolah kami. Mula tu aku buat tak tau je lah. 


Pada suatu hari Rabu yang indah, Cikgu H.S. telah masuk ke kelas kami ganti cikgu yang tak hadir. First impression tengok dia dari dekat, wow handsome, tapi kurus sikit. Aku time tu nak buat kerja sekolah memang agak bengang sikit sebab dia cakap banyak, ganggu aku nak berfikir. Tapi layan jugak sebab hormat. Mula tu, tak ada rasa apa-apa pun kat dia. Start hari tu, tak tau lah macam mana, aku dan dua orang sahabat baik aku pun dah terkena virus dia. Virus angau dan suka dengan muka hensem dia. Macam budak-budak perempuan lain kat sekolah kami.


Dalam tandas pun diorang ni gosip pasal dia. Aku dengan kawan-kawan aku biasa ja, tak ada lah obvious sangat yang kami ni dah terkena virus Cikgu H.S. ni. Tapi nasib baik lah Cikgu H.S. ni dah berpunya. Kalau tak, mesti budak-budak kat sekolah aku tu tak boleh tidur malam. Girlfriend dia pun comel, memang sesuai dan sangat sesuai dengan dia. Kalau nak dibandingkan kami yang mungkin bagi dia masih kebudak-budakkan, memang kalah awal lagi.


Lagipun dia kat sekolah kami sampai 1 Ogos sahaja, iaitu sampai minggu depan. So, secara automatiknya nanti selepas raya virus ini pun akan ikut Cikgu H.S. menular kat tempat lain pulak. Macam Influenza H1N1 yang sepi macam tu sahaja sekarang ni. 


Selamat Berpuasa dan Selamat Malam!


Monday, 24 June 2013

Bengkel Menulis Resume dan Teknik Menghadiri Temuduga

Baru-baru ni, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah aku telah menganjurkan satu program yang aku rasakan sangat-sangat berguna untuk sesiapa yang nak menghadiri temuduga, tak kiralah sama ada temuduga untuk mendapatkan kerja atau mendapatkan biasiswa atau apa-apa sahaja temuduga. 

First of all, perkara yang paling penting untuk berjaya dalam sesebuah temuduga adalah RESUME! Apa itu Resume? Ok, resume tu sebenarnya ringkasan maklumat peribadi. Yang wajib ada dalam resume adalah ringkasan peribadi, kemahiran dan kekuatan diri dan juga kejayaan yang pernah dicapai. Jangan lupa sertakan maklumat peribadi seperti nama, emel peribadi, alamat semasa dan nombor telefon semasa.


Ok, itu basic sahaja. Perkara penting yang WAJIB ada dalam resume adalah:

1. Gambar Pasport
2. Maklumat Peribadi
    -Nama penuh dan IC
    -Alamat (Semasa dan Tetap)
    -Nombor telefon dan emel (Rasmi)
3. Tahap Pendidikan
4. Pengalaman Kerja atau Praktikal
5. Maklumat Tambahan
    -Kokurikulum
    -Kemahiran
    -Pencapaian
6.Objektif (Matlamat Kerjaya)
7. Gaji yang diminta
   -Dalam bentuk julat
8.Rujukan
   -Orang yang dikenali >5 tahun
   -Bukan adik beradik atau saudara-mara.

Tujuh kesalahan Resume :

1. Tiada surat iringan (jawatan apa yang hendak dimohon)
2. Nama penerima tidak spesifik 
    -Perlu tahu nama majikan
3. Kesalahan ejaan
4. Membosankan - ayat tidak gramatis
5. Tidak proaktif
6. Terlalu panjang - maksimum hanya 2 page
7. Tidak menipu/maklumat palsu atau menokok tambah

Ok,, enough of resume. Dah selesai dan siap resume tu, kita perlulah tumpukan perhatian pada persediaan untuk menghadiri temuduga. Proses temuduga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas. Proses yang paling penting dan perlu diberi perhatian yang lebih adalam proses sebelum menghadiri temuduga.


Persediaan yang perli dititikberatkan sebelum menghadiri temuduga :

1. Dapatkan maklumat asas mengenai temuduga dengan tepat seperti tarikh, hari, masa dan   
    tempat. Pastikan kita tidak terlewat untuk sampai ke tempat temuduga. sebaik-baiknya 
    30 minit sebelum temuduga bermula.
2. Mengkaji bakal majikan. Pastikan kita tahu serba sedikit mengenai majikan di tempat   
    kerja yang kita apply. This is so important sebab majikan tu akan tahu sama ada kita ada 
    buat research atau tidak dan serius atau tidak untuk dapatkan kerja di syarikat dia.
3. Kita perlu mengenali diri kita sendiri seperti kekuatan dan kelemahan yang ada. Ni 
    penting untuk memudahkan kita menjawab soalan-soalan cepumas yang akan diajukan 
    nanti.
4. Sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa seperti salinan IC, salinan sijil lahir, 
    resume dan sijil.
5. Pastikan pakaian kita kemas dan seboleh-bolehnya memakai baju berwarna cerah. Dan 
    bagi perempuan, kasut mestilah bertutup dan bertumit sekurang-kurangnya 2 inci.

Proses Temuduga:
1. Peringkat 1
    - Adakan sedikit perbualan ringan dengan penemuduga dan ceritakan sedikit latar  
      belakang diri.
2. Peringkat 2
    -Ceritakan kelayakan yang boleh melayakkan kita mendapatkan kerja atau jawatan yang 
     ditawarkan.
3. Peringkat 3
    - Bertukar maklumat dengan penemuduga dan pastikan kena ada eye-contact dengan 
      diorang sebab ini melambangkan keyakinan diri kita. Jangan dia tanya sepatah kita 
     jawab pun sepatah. 
4. Peringkat 4
    -Penutup perbualan.

Selepas Temuduga:

Selepas 5 hingga 7 hari, hubungi organisasi atau syarikat tersebut dan dapatkan jawapan mengenai perkembangan jawatan yang dipohon. Kalau diorang bagi jawapan yang tak jelas untuk menunjukkan kita dapat kerja tu atau tak, proceed je dengan temuduga yang lain di tempat lain.

Harap-harap sedikit sebanyak tips ini akan membantu dan berguna. So, good luck!

Tuesday, 11 June 2013

Travel Cuti-Cuti Sekolah (Di Kelantan)

First week cuti sekolah kena pergi sekolah. Tusyen start from Sabtu sampai Khamis. So, kiranya SPM Candidates 2013 ni cuma cuti seminggu je lah untuk cuti semester pertengahan tahun kali ini. Tapi takpelah, daripada duduk kat rumah tak buat pape. Lebih baik pergi sekolah tambahkan ilmu. Takde pape yang rugi pun, kan?

Menjelang minggu kedua cuti sekolah, umi aku pun ambil keputusan untuk cabut balik kampung. Umi plan nak singgah Kelantan, bermalam semalaman lepas tu baru teruskan perjalanan ke Terengganu. Abah ambil cuti tiga hari iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Khamis (06/06/13) memang orang Kedah cuti umum sempena Israk Mikraj dan hari Jumaat memang abah cuti. So, pagi-pagi Isnin kami sekeluarga pun bertolaklah ke Kelantan.

Sesampainya di Kelantan, tempat pertama yang dituju ialah Rantau Panjang. Dalam pukul 1 petang macam tu kami sekeluarga selamat sampai di Rantau Panjang. Memang keadaan di sana agak sesak memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah kan. Cuaca pun memang panas. Aku sampai bawak payung ronda-ronda Rantau Panjang tu. Tak kisahlah orang nak kata apa. Sakit kepala kalau berjalan tengah-tengah panas lama sangat. Tak pasal-pasal nanti demam.
Jeans pelbagai saiz, kualiti dan harga...
Matching tak payung dengan baju?

                Setelah hampir dua jam berpanas berlelah di Rantau Panjang, perut pun dah mula berkeroncong, kaki pun dah letih nak melangkah. Kami pun mula meninggalkan kompleks Rantau Panjang dan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Berkat bantuan GPS, sampai jugak kami kat PCB tu kurang lebih dalam pukul 5 petang. Perkara pertama yang dibuat setibanya di PCB adalah mencari tempat tidur. 
  
         Mula-mula kami pergi tanya dekat PCB Resort yang letaknya betul-betul di tepi pantai tetapi penuh. Harga penginapan semalaman ialah RM 258 kut kalau tak salah. Perdana Resort pun penuh. Harga untuk semalaman adalah RM 158 lebih kurang. Then kami terjumpa iklan Guest House kat tepi jalan dan harga semalaman hanyalah RM 50 ringgit. Ada 2 katil, 1 queen dan 1 single. Satu bathroom yang sederhana je dan ruang untuk solat. Padanlah, boleh berjimat sekali. Tidur satu malam je pun. Tak padan nak sewa mahal-mahal, janji boleh lelapkan mata.
                
     Lepas bayar duit kat pak cik yang kami pun tak tahu namanya apa, kami mulalah bawak kain baju masuk dalam bilik. Rehat, bersihkan diri dan solat. Then, “PCB, here we come!”




      Coincidently, kawan lama umi pun ada dekat Kelantan jugak, cari tempat bermalam. Amazingly, umi dan kawan dia tu dah 20 tahun tak jumpa lepas habis belajar. Padahal dua-dua orang duk kat Kedah. Jadi, family kawan umi tu pun sewa bilik kat tempat yang sama dengan kami.
   
    The next day, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung di Terengganu lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai di sana dalam pukul 4 petang.