Pages

Sunday, 15 December 2013

The Last 'Jamuan' With Them

Assalamualaikum.

Sindrom malas agak menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Walaupun sebenarnya jamuan ni dah berlalu hampir seminggu yang lepas iaitu pada 08.12.13 (Ahad), tapi baru sekarang aku mempunyai 'semangat' untuk mengukir cerita dalam blog.

Bila mengenangkan tahun 2013 ni adalah tahun last aku bersekolah, rasa sedih dan sayu pulak nak menanggalkan uniform persekolahan yang aku dah pakai selama 11 tahun atau mungkin lebih (jika dikira masa tadika sekali). Tapi life must go on. Lambat atau cepat zaman persekolahan akan tetap berakhir kerana setiap adanya permulaan pasti ada pengakhiran.

Jamuan yang terakhir ini aku dan kawan-kawan sekelas yang lain buat sesimple yang mungkin. Bendahari kelas, Aina serahkan duit kelas yang masih berbaki sebanyak RM164 kepada ketua kelas aku yang bernama Diana, dan dengan persetujuan bersama, kami serahkan segala urusan kepada Diana.

Menu utama pada jamuan kelas yang terakhir ini adalah nasi ayam yang ditempah khas dari ayah Diana. Dan kawan-kawan lain yang rajin menjengah ke dapur tu ada jugak bawak menu-menu lain such as spaghetti. Selain menyambut jamuan, hari itu juga merupakan Hari Lahir kawan baik aku yang juga merangkap bendahari kelas, si Aina Afiqah yang ke-17 tahun, and Hari Lahir adik aku yang ke-16 tahun. So, tarikh 08.12.13 tu merupakan triple special day untuk aku.

Inilah yang aku bawa ke jamuan itu, namanya Agar-Agar Aiskrim! Yum Yum.
Kek ini disponsor oleh Insyirah, sekali gus merangkap Kek Birthday Aina! Sayang nak makan sebab comel sangat.
Itu dia seri wajah sweet seventeen si Aina Afiqah, yang pakai nametag itu.

Wajah-wajah inilah yang menemani aku selama 5 tahun aku bersekolah di sini. Mana mungkin aku lupa akan mereka.

Bila perut dah kenyang, hati pun senang. Agenda selepas makan ialah photoshoot dan makan lagi (sebab makanan terlalu banyak). Akhirnya aku pulang dengan perut yang berat dan sebungkus nasi ayam serta beberapa makanan ringan yang lain. Walaupun jamuan ini sangat simple, datang makan dan snap beberapa keping gambar sebagai kenangan, tapi aku rasa inilah jamuan yang paling awesome.

Thursday, 5 December 2013

Pengajaran Dari Kartun Spongebob Squarepants

Assalamualaikum.
(Tak jawab dosa tau)

Tepat jam 4.30 petang, 4 Disember 2013, status calon SPM yang aku pegang selama setahun ni dah bertukar menjadi Lepasan SPM. Alangkah leganya, hanya Allah yang tahu. Memandangkan SPM 2013 baru je melabuhkan tirai dan mengucapkan bye-bye kat aku kelmarin, jadi hari ini aku isytiharkan sebagai hari bermalas-malasan dan hari berilek-rilekan sedunia!

Selama 17 tahun aku hidup, tak pernah pun aku terfikir pasal benda ni. Benda apa? Tu yang tajuk kat atas tu. Mungkin inilah tandanya fikiran aku dah semakin matang. Hehe. Ok, saja nak buat kesimpulan daripada kartun Spongebob yang sangat popular dan feymes. Kalau masih ada manusia dalam dunia ni yang tak kenal siapa itu Spongebob memang tak tahu la nak kata apa. Penat memerah otak, ini dia sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat kesan melalui rancangan kartun popular ini.



1. Semangat Setia Kawan
Semangat ini memang sangat menonjol terutamanya melalui watak Spongebob dan Patrick. Bersahabat dan berkawan tanpa peduli siapa sahabat kita itu. Macam Patrick dan Spongebob, mereka berdua bukanlah dari spesies yang sama. Bahkan Spongebob pun bukan hidupan laut. Tapi boleh je berkawan rapat dengan Patrick. As a Malaysians yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita sepatutnya mencontohi nilai persahabatan yang ditonjolkan oleh makhluk penghuni lautan yang berdua ni. Persahabatan tak perlukan apa-apa syarat kan?

2. Cinta dan Sukakan Apa Juga Perkara yang Dilakukan
Spongebob sangat sangat sangat mencintai pekerjaan dia sebagai tukang masak. Even kalau dia sakit pun, dia tetap nak teruskan kerja dan tak mahu sunguh-sungguh ambil cuti. Kalau kita, pantang dapat cuti kan? Sikap macam ni sepatutnya dicontohi oleh semua rakyat Malaysia sebabnya dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Spongebob dan Patrick juga sangat enjoy tangkap obor-obor. Jadi, aktiviti macam ni sebenarnya dapat mengurangkan stress kita sekali gus kadar pesakit mental kat negara kita ni pun dapat dikurangkan jugak.



3. Tak Pernah Berputus Asa
Squidward ni aku tak tahu lah dia tahu ke tak yang dia tu memang tak berbakat langsung main klarinette, tapi dia tetap terus berlatih. Dengan suara dia yang sengau tu, dia tetap menyimpan angan-angan nak jadi penyanyi solo. Squidward pun nak hidup mewah macam musuh ketat dia, Squilliam. Walaupun kadang-kadang impian kita tu tak masuk akal dan tak mungkin tercapai, tapi kita mesti terus percaya bahawa tanpa usaha semua angan-angan kita tu akan sia-sia. Thomas Edison dan Alexander Graham Bell dulu pun diketawakan orang jugak, tapi dengan usaha yang berterusan satu dunia hargai mereka sekarang.

Aku harap pengajaran yang ditonjolkan dalam kartun Spongebob Squarepants ni dapat dicontohi dan diaplikasi dalam kehidupan seharian supaya jadi lebih baik. Jangan tahu tengok semata-mata, tapi kena jugak fikir apa mesej yang ingin disampaikan oleh manusia-manusia belakang tabir.


Senyuman dan keceriaan yang ditunjukkan mereka dapat menceriakan kehidupan orang lain.

Monday, 2 December 2013

Kerana Dia Adalah Jantung

Dia jantung.
Kamu ada.
Aku ada.
Kalian juga ada.

Dia jantung,
Sedang berdenyut,
Tak pernah berhenti,
Sebelum waktu itu tiba.

Dia jantung,
Tak pernah lelah,
Tak pernah penat,
Tak pernah berehat.

Dia jantung,
Kita bekerja dia juga bekerja,
Kita tidur dia tetap bekerja.

Dia jantung,
Tanpanya kita mati,
Dengannya kita hidup.

Dia jantung,
Sihat dia sihatlah kita,
Sakit dia meranalah kita.

Dia jantung,
Tidak pernah meminta,
Hanya memberi, memberi dan memberi,
Sehingga waktu itu tiba.

Kerana dia adalah jantung,
Kerana dia organ paling penting dalam hidup kita,
Kerana dia telah banyak berjasa.

Dengannya kita hidup,
Tanpanya kita mati.

Kerana dia adalah jantung.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Berfikir Lagi?

Pernahkah manusia terfikir untuk berhenti berfikir?
Pernahkah kita terfikir untuk tidak berfikir?

Bagaimana?
Bagaimana mahu tidak berfikir?
Bagaimana mahu berhenti berfikir?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap juga harus berfikir bukan?

Berfikir,
Terfikir,
Memikir.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap juga harus berfikir bukan?

Masa lalu,
Masa sekarang,
Masa depan.

Apa yang telah berlaku?
Apa yang sedang berlaku?
Apa yang akan berlaku?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap harus berfikir bukan?

Cerebrum,
Bagaimanakah kau menjalankan kerja?
Menjadikan aku manusia yang mampu berfikir.

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap harus berfikir bukan?

Berfikir lagi?
Tak mungkin manusia mampu berhenti berfikir.

Tapi,
Mungkin boleh.
Saat nafas sudah terpisah dari badan.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Sempadan Waktu

Tersandar aku di kerusi,
Pusing memikirkan perkara yang aku sendiri tak tahu.

Apa?
Apakah perkara yang mengisi ruang imaginasiku ini?

Jujur,
Aku sendiri tidak tahu.

Menanti tarikh 4 Disember tiba,
Menanti jam 2 petang pada hari itu tiba.

Maka,
Sekali lagi perjuanganku akan bermula.
Perjuangan masa depanku,
Akan menari-nari pena melalui tanganku ini,
Mencoretkan jawapan di lembaran kertas,
Selama dua jam setengah.

Menanti lagi,
Menanti jam 4.30 petang pada hari itu.

Maka,
Perjuangan ku berakhir,
Perjuanganku selama 5 tahun selesai.

Sempadan waktu,
Aku wujud di alam rahim,
Aku lahir ke dunia,
Membawaku ke angka 17 tahun,
Mendekatkan kematian kepadaku.

Sempadan waktu,
Juga yang memulakan perjuanganku.

Dan,
Sempadan waktu juga,
Yang membawaku ke pengakhiran perjuanganku.

Iaitu
Hari ini.

Sempadan waktu juga,
Yang akan membawaku menyelami alam lain,
Alam dewasa,
Yang semakin hampir dengnku.

Yang pasti,
Sempadan waktu,
Akan membawaku,
Pasti membawaku,
Satu hari nanti.

Kerana,
Waktu tak pernah,
Dan takkan pernah berhenti.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)