Pages

Sunday 8 March 2015

Graviti

Kadang-kadang aku terfikir,
Kenapa mesti wujudnya graviti.

Graviti memenatkan.
Graviti menyusahkan.
Graviti itu graviti ini.

Sebab setiap hari aku kena paksa diri panjat tangga untuk sampai bilik kat tingkat 4.
Dan aku kena berjaya.
Sebab kalau tak berjaya,
Macam mana aku nak baring atas tilam,
Macam mana aku nak rehat,
Macam mana aku nak hilangkan penat.

Tapi bila fikirkan balik,
Semua yang Dia cipta ada sebabnya.

Kalau graviti tiada?
Macam mana?

Lagi menyusahkan...

Sebab,
Satu benda tak tetap dekat satu tempat,
Terapung-apung di udara,
Berterbangan dalam ruang infiniti
Tanpa henti.

Semua kerja jadi susah.

Jadi, pesanan untuk diri sendiri
Silalah bersyukur.
Jangan senang sangat mengeluh
Tapi cuba fikir di sebalik sesuatu.


(ZC Common Room)

Tuesday 26 August 2014

4 Weeks To Go. Jyeah!

Assalamualaikum..

It's been a while since the last entry kan? Well, now I'm CFSIIUMian so kebusyiannya mengalahkan Perdana Menteri gitu. Okay, waktu berumur 18 tahun, aku dapat satu pengalaman baru iaitu pengalaman pertama berjauhan dari parents. Pada mulanya, serius eksaited gila tahap beruk dapat bunga sebab yelah nak hidup sendiri + hidup berdikari + hidup dengan bebas. Tapi baru dua jam lepas umi dengan abah aku balik rumah lepas hantar aku kat CFSIIUM masa hari pendaftaran, perasaan homesick tu mula menghantui aku. Baru 2 jam weh. Padahal aku ada 2 tahun kat sini. Tapi Alhamdulillah day by day homesick tu fade dengan sendiri.

And another hard thing is when we have to adapt with the new environment. Aku ni dah la ada masalah besar nak deal dengan environment baru. Tambahan pulak bila environment baru tu berubah 360 darjah. Aku dah la datang ke CFSIIUM ni sebatang kara, seorang kawan masa sekolah pun takdak. Tapi nasib baik lah roomate aku semuanya satu kepala dengan aku. So ke'homesick'an tu taklah terasa sangat. And the most important thing is aku tak rasa isolated kat sini. Yeah!

Dalam pro ada jugak cons nya. Dekat sini every weekend boleh outing dengan syarat balik CFSIIUM sebelum pukul 10 malam. If you failed to do so, then melayanglah RM50 sebab kena saman dengan pak guard. Kalau kita tak pakai kad matrik atau tak pakai proper attire masa outing atau pergi kelas, pak guard konfem akan saman. Okey, kembali kepada main point pasal outing. PJ kan jiran merangkap kawan baik KL, so kalau outing banyak la tempat menarik yang aku boleh pergi. Dan yang paling common dengan CFSIIUMian ialah........Mid Valley!

Cerita punya cerita, study punya study, quiz punya quiz sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar aku hanya tinggal lagi 4 minggu sebelum final exam. Oh, how time flies. Serius cakap, aku eksaited gila nak final exam sebabnya lepas final exam aku boleh spend time lebih kurang 3 bulan sepuas-puasnya kat rumah tanpa perlu fikir nak balik ke sini. Yeay! Kalau zaman SPM dulu, lagi sebulan nak exam semua orang dah sibukkan diri dengan buat latihan. And of course silibus dah habis awal. Tapi kat sini, 4 minggu lagi nak final exam, silibus pun belum habis lagi. Latihan jangan kata lah, latihan dibuat hanya apabila madam suruh. Sebab memang takdan beb.

 Masa rasa sempit sangat kat sini sebab kena selesaikan banyak benda dalam satu masa. Kelas dari pukul 9 sampai pukul 6, so aku hanya ada masa nak revision + buat latihan + buat homework + buat assignment + buat projek + buat taktau hanya pada waktu malam sahaja. Waktu malam tu lah nak berfacebook, berwasap, bergosip dengan roomate, berkokurikulum, berprogram dan banyak lagi ber yang ada dalam dunia ni. Haish. Kesimpulannya siapa yang tak pandai nak manage time tu memang hancusss la.

Hello Hello Hello, kami ialah sister-sister Group 23. Yes, only 9 of us, the rest are all brothers.



Masa ni kami baru lepas jamuan raya dekat London Bridge, CFSIIUM. Dah macam family potrait bak kata si Aiman. Tapi tak family sangat pun sebab tak semua ada. :(

 Ha, ni barulah family potrait. Semua wajah ada kecuali si Acap sebab dia demam pada hari gambar diambil. So, Mr Teddy kat kiri tu sebagai pengganti Acaplah ye. Bunga yang harum mekar bertudung purple kat tengah-tengah tu bukan classmate aku kay, tapi beliau ialah ustazah Bahasa Arab kami. Ketadikaan kami terserlah bila bersama ustazah sebab ustazah rajin melayan. Group 23 yuhibbuna Ustazah Marzidah jiddan!


Inilah dia wajah-wajah roomate aku. Ada 8 orang sebenarnya tapi si Nina dah pindah pergi Kolej Mara Banting dan si Nisha pulak dah cabut balik rumah masa kami memphotoshoot ni. So, tinggallah kami berenam je. Yang depan bertudung pink tu namanya si Bibi, si bajet model berjubah hitam tu namanya si Fatin, yang peluk tiang berbaju hijau tu si Uni, yang muka eksaited dapat duit raya tu si ChaCha, yang bertudung merah geng peluk tiang tu namanya si Anis manakala yang buat muka pelik tengok kuih raya tu ialah si Aku. Tujuan gambar ni diambil sebenarnya untuk masuk pertandingan Selfie Raya tapi apakan daya takdak rezeki (tak menang).

Aku suka gambar ni sebab aku macam tengah menanti kepulangan suami di pagi hari raya yang bahagia. Cewah. ><


Dengan ini, saya, IZZATI SABRI chiow dulu sebab saya nak study Chemistry. Lusa ialah Kuiz. Waaaa.....><

p/s : Tengah orang dok sibuk-sibuk nak update blog, orang sebelah ni pun seybowk nak update blog jugak. Huh! Do visit http://prettypinkyprincess.blogspot.com/. Aku nak usha dia ada mengumpat aku ke tak. Hmm Hmm, kalau ada siapla kau Anis, perang bantal bakal meletus malam ni!!!!

Oh, lupa pulak nak bagitahu, CFSIIUM tu stand for Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia. Hehe, jangan marah, peace yo!


Sunday 15 December 2013

The Last 'Jamuan' With Them

Assalamualaikum.

Sindrom malas agak menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Walaupun sebenarnya jamuan ni dah berlalu hampir seminggu yang lepas iaitu pada 08.12.13 (Ahad), tapi baru sekarang aku mempunyai 'semangat' untuk mengukir cerita dalam blog.

Bila mengenangkan tahun 2013 ni adalah tahun last aku bersekolah, rasa sedih dan sayu pulak nak menanggalkan uniform persekolahan yang aku dah pakai selama 11 tahun atau mungkin lebih (jika dikira masa tadika sekali). Tapi life must go on. Lambat atau cepat zaman persekolahan akan tetap berakhir kerana setiap adanya permulaan pasti ada pengakhiran.

Jamuan yang terakhir ini aku dan kawan-kawan sekelas yang lain buat sesimple yang mungkin. Bendahari kelas, Aina serahkan duit kelas yang masih berbaki sebanyak RM164 kepada ketua kelas aku yang bernama Diana, dan dengan persetujuan bersama, kami serahkan segala urusan kepada Diana.

Menu utama pada jamuan kelas yang terakhir ini adalah nasi ayam yang ditempah khas dari ayah Diana. Dan kawan-kawan lain yang rajin menjengah ke dapur tu ada jugak bawak menu-menu lain such as spaghetti. Selain menyambut jamuan, hari itu juga merupakan Hari Lahir kawan baik aku yang juga merangkap bendahari kelas, si Aina Afiqah yang ke-17 tahun, and Hari Lahir adik aku yang ke-16 tahun. So, tarikh 08.12.13 tu merupakan triple special day untuk aku.

Inilah yang aku bawa ke jamuan itu, namanya Agar-Agar Aiskrim! Yum Yum.
Kek ini disponsor oleh Insyirah, sekali gus merangkap Kek Birthday Aina! Sayang nak makan sebab comel sangat.
Itu dia seri wajah sweet seventeen si Aina Afiqah, yang pakai nametag itu.

Wajah-wajah inilah yang menemani aku selama 5 tahun aku bersekolah di sini. Mana mungkin aku lupa akan mereka.

Bila perut dah kenyang, hati pun senang. Agenda selepas makan ialah photoshoot dan makan lagi (sebab makanan terlalu banyak). Akhirnya aku pulang dengan perut yang berat dan sebungkus nasi ayam serta beberapa makanan ringan yang lain. Walaupun jamuan ini sangat simple, datang makan dan snap beberapa keping gambar sebagai kenangan, tapi aku rasa inilah jamuan yang paling awesome.

Thursday 5 December 2013

Pengajaran Dari Kartun Spongebob Squarepants

Assalamualaikum.
(Tak jawab dosa tau)

Tepat jam 4.30 petang, 4 Disember 2013, status calon SPM yang aku pegang selama setahun ni dah bertukar menjadi Lepasan SPM. Alangkah leganya, hanya Allah yang tahu. Memandangkan SPM 2013 baru je melabuhkan tirai dan mengucapkan bye-bye kat aku kelmarin, jadi hari ini aku isytiharkan sebagai hari bermalas-malasan dan hari berilek-rilekan sedunia!

Selama 17 tahun aku hidup, tak pernah pun aku terfikir pasal benda ni. Benda apa? Tu yang tajuk kat atas tu. Mungkin inilah tandanya fikiran aku dah semakin matang. Hehe. Ok, saja nak buat kesimpulan daripada kartun Spongebob yang sangat popular dan feymes. Kalau masih ada manusia dalam dunia ni yang tak kenal siapa itu Spongebob memang tak tahu la nak kata apa. Penat memerah otak, ini dia sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat kesan melalui rancangan kartun popular ini.



1. Semangat Setia Kawan
Semangat ini memang sangat menonjol terutamanya melalui watak Spongebob dan Patrick. Bersahabat dan berkawan tanpa peduli siapa sahabat kita itu. Macam Patrick dan Spongebob, mereka berdua bukanlah dari spesies yang sama. Bahkan Spongebob pun bukan hidupan laut. Tapi boleh je berkawan rapat dengan Patrick. As a Malaysians yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita sepatutnya mencontohi nilai persahabatan yang ditonjolkan oleh makhluk penghuni lautan yang berdua ni. Persahabatan tak perlukan apa-apa syarat kan?

2. Cinta dan Sukakan Apa Juga Perkara yang Dilakukan
Spongebob sangat sangat sangat mencintai pekerjaan dia sebagai tukang masak. Even kalau dia sakit pun, dia tetap nak teruskan kerja dan tak mahu sunguh-sungguh ambil cuti. Kalau kita, pantang dapat cuti kan? Sikap macam ni sepatutnya dicontohi oleh semua rakyat Malaysia sebabnya dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Spongebob dan Patrick juga sangat enjoy tangkap obor-obor. Jadi, aktiviti macam ni sebenarnya dapat mengurangkan stress kita sekali gus kadar pesakit mental kat negara kita ni pun dapat dikurangkan jugak.



3. Tak Pernah Berputus Asa
Squidward ni aku tak tahu lah dia tahu ke tak yang dia tu memang tak berbakat langsung main klarinette, tapi dia tetap terus berlatih. Dengan suara dia yang sengau tu, dia tetap menyimpan angan-angan nak jadi penyanyi solo. Squidward pun nak hidup mewah macam musuh ketat dia, Squilliam. Walaupun kadang-kadang impian kita tu tak masuk akal dan tak mungkin tercapai, tapi kita mesti terus percaya bahawa tanpa usaha semua angan-angan kita tu akan sia-sia. Thomas Edison dan Alexander Graham Bell dulu pun diketawakan orang jugak, tapi dengan usaha yang berterusan satu dunia hargai mereka sekarang.

Aku harap pengajaran yang ditonjolkan dalam kartun Spongebob Squarepants ni dapat dicontohi dan diaplikasi dalam kehidupan seharian supaya jadi lebih baik. Jangan tahu tengok semata-mata, tapi kena jugak fikir apa mesej yang ingin disampaikan oleh manusia-manusia belakang tabir.


Senyuman dan keceriaan yang ditunjukkan mereka dapat menceriakan kehidupan orang lain.

Monday 2 December 2013

Kerana Dia Adalah Jantung

Dia jantung.
Kamu ada.
Aku ada.
Kalian juga ada.

Dia jantung,
Sedang berdenyut,
Tak pernah berhenti,
Sebelum waktu itu tiba.

Dia jantung,
Tak pernah lelah,
Tak pernah penat,
Tak pernah berehat.

Dia jantung,
Kita bekerja dia juga bekerja,
Kita tidur dia tetap bekerja.

Dia jantung,
Tanpanya kita mati,
Dengannya kita hidup.

Dia jantung,
Sihat dia sihatlah kita,
Sakit dia meranalah kita.

Dia jantung,
Tidak pernah meminta,
Hanya memberi, memberi dan memberi,
Sehingga waktu itu tiba.

Kerana dia adalah jantung,
Kerana dia organ paling penting dalam hidup kita,
Kerana dia telah banyak berjasa.

Dengannya kita hidup,
Tanpanya kita mati.

Kerana dia adalah jantung.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Berfikir Lagi?

Pernahkah manusia terfikir untuk berhenti berfikir?
Pernahkah kita terfikir untuk tidak berfikir?

Bagaimana?
Bagaimana mahu tidak berfikir?
Bagaimana mahu berhenti berfikir?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap juga harus berfikir bukan?

Berfikir,
Terfikir,
Memikir.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap juga harus berfikir bukan?

Masa lalu,
Masa sekarang,
Masa depan.

Apa yang telah berlaku?
Apa yang sedang berlaku?
Apa yang akan berlaku?

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap harus berfikir bukan?

Cerebrum,
Bagaimanakah kau menjalankan kerja?
Menjadikan aku manusia yang mampu berfikir.

Tetap harus mencari jawapan.
Tetap harus berfikir bukan?

Berfikir lagi?
Tak mungkin manusia mampu berhenti berfikir.

Tapi,
Mungkin boleh.
Saat nafas sudah terpisah dari badan.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Sempadan Waktu

Tersandar aku di kerusi,
Pusing memikirkan perkara yang aku sendiri tak tahu.

Apa?
Apakah perkara yang mengisi ruang imaginasiku ini?

Jujur,
Aku sendiri tidak tahu.

Menanti tarikh 4 Disember tiba,
Menanti jam 2 petang pada hari itu tiba.

Maka,
Sekali lagi perjuanganku akan bermula.
Perjuangan masa depanku,
Akan menari-nari pena melalui tanganku ini,
Mencoretkan jawapan di lembaran kertas,
Selama dua jam setengah.

Menanti lagi,
Menanti jam 4.30 petang pada hari itu.

Maka,
Perjuangan ku berakhir,
Perjuanganku selama 5 tahun selesai.

Sempadan waktu,
Aku wujud di alam rahim,
Aku lahir ke dunia,
Membawaku ke angka 17 tahun,
Mendekatkan kematian kepadaku.

Sempadan waktu,
Juga yang memulakan perjuanganku.

Dan,
Sempadan waktu juga,
Yang membawaku ke pengakhiran perjuanganku.

Iaitu
Hari ini.

Sempadan waktu juga,
Yang akan membawaku menyelami alam lain,
Alam dewasa,
Yang semakin hampir dengnku.

Yang pasti,
Sempadan waktu,
Akan membawaku,
Pasti membawaku,
Satu hari nanti.

Kerana,
Waktu tak pernah,
Dan takkan pernah berhenti.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)