Pages

Monday, 24 June 2013

Bengkel Menulis Resume dan Teknik Menghadiri Temuduga

Baru-baru ni, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah aku telah menganjurkan satu program yang aku rasakan sangat-sangat berguna untuk sesiapa yang nak menghadiri temuduga, tak kiralah sama ada temuduga untuk mendapatkan kerja atau mendapatkan biasiswa atau apa-apa sahaja temuduga. 

First of all, perkara yang paling penting untuk berjaya dalam sesebuah temuduga adalah RESUME! Apa itu Resume? Ok, resume tu sebenarnya ringkasan maklumat peribadi. Yang wajib ada dalam resume adalah ringkasan peribadi, kemahiran dan kekuatan diri dan juga kejayaan yang pernah dicapai. Jangan lupa sertakan maklumat peribadi seperti nama, emel peribadi, alamat semasa dan nombor telefon semasa.


Ok, itu basic sahaja. Perkara penting yang WAJIB ada dalam resume adalah:

1. Gambar Pasport
2. Maklumat Peribadi
    -Nama penuh dan IC
    -Alamat (Semasa dan Tetap)
    -Nombor telefon dan emel (Rasmi)
3. Tahap Pendidikan
4. Pengalaman Kerja atau Praktikal
5. Maklumat Tambahan
    -Kokurikulum
    -Kemahiran
    -Pencapaian
6.Objektif (Matlamat Kerjaya)
7. Gaji yang diminta
   -Dalam bentuk julat
8.Rujukan
   -Orang yang dikenali >5 tahun
   -Bukan adik beradik atau saudara-mara.

Tujuh kesalahan Resume :

1. Tiada surat iringan (jawatan apa yang hendak dimohon)
2. Nama penerima tidak spesifik 
    -Perlu tahu nama majikan
3. Kesalahan ejaan
4. Membosankan - ayat tidak gramatis
5. Tidak proaktif
6. Terlalu panjang - maksimum hanya 2 page
7. Tidak menipu/maklumat palsu atau menokok tambah

Ok,, enough of resume. Dah selesai dan siap resume tu, kita perlulah tumpukan perhatian pada persediaan untuk menghadiri temuduga. Proses temuduga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas. Proses yang paling penting dan perlu diberi perhatian yang lebih adalam proses sebelum menghadiri temuduga.


Persediaan yang perli dititikberatkan sebelum menghadiri temuduga :

1. Dapatkan maklumat asas mengenai temuduga dengan tepat seperti tarikh, hari, masa dan   
    tempat. Pastikan kita tidak terlewat untuk sampai ke tempat temuduga. sebaik-baiknya 
    30 minit sebelum temuduga bermula.
2. Mengkaji bakal majikan. Pastikan kita tahu serba sedikit mengenai majikan di tempat   
    kerja yang kita apply. This is so important sebab majikan tu akan tahu sama ada kita ada 
    buat research atau tidak dan serius atau tidak untuk dapatkan kerja di syarikat dia.
3. Kita perlu mengenali diri kita sendiri seperti kekuatan dan kelemahan yang ada. Ni 
    penting untuk memudahkan kita menjawab soalan-soalan cepumas yang akan diajukan 
    nanti.
4. Sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa seperti salinan IC, salinan sijil lahir, 
    resume dan sijil.
5. Pastikan pakaian kita kemas dan seboleh-bolehnya memakai baju berwarna cerah. Dan 
    bagi perempuan, kasut mestilah bertutup dan bertumit sekurang-kurangnya 2 inci.

Proses Temuduga:
1. Peringkat 1
    - Adakan sedikit perbualan ringan dengan penemuduga dan ceritakan sedikit latar  
      belakang diri.
2. Peringkat 2
    -Ceritakan kelayakan yang boleh melayakkan kita mendapatkan kerja atau jawatan yang 
     ditawarkan.
3. Peringkat 3
    - Bertukar maklumat dengan penemuduga dan pastikan kena ada eye-contact dengan 
      diorang sebab ini melambangkan keyakinan diri kita. Jangan dia tanya sepatah kita 
     jawab pun sepatah. 
4. Peringkat 4
    -Penutup perbualan.

Selepas Temuduga:

Selepas 5 hingga 7 hari, hubungi organisasi atau syarikat tersebut dan dapatkan jawapan mengenai perkembangan jawatan yang dipohon. Kalau diorang bagi jawapan yang tak jelas untuk menunjukkan kita dapat kerja tu atau tak, proceed je dengan temuduga yang lain di tempat lain.

Harap-harap sedikit sebanyak tips ini akan membantu dan berguna. So, good luck!

Tuesday, 11 June 2013

Travel Cuti-Cuti Sekolah (Di Kelantan)

First week cuti sekolah kena pergi sekolah. Tusyen start from Sabtu sampai Khamis. So, kiranya SPM Candidates 2013 ni cuma cuti seminggu je lah untuk cuti semester pertengahan tahun kali ini. Tapi takpelah, daripada duduk kat rumah tak buat pape. Lebih baik pergi sekolah tambahkan ilmu. Takde pape yang rugi pun, kan?

Menjelang minggu kedua cuti sekolah, umi aku pun ambil keputusan untuk cabut balik kampung. Umi plan nak singgah Kelantan, bermalam semalaman lepas tu baru teruskan perjalanan ke Terengganu. Abah ambil cuti tiga hari iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Khamis (06/06/13) memang orang Kedah cuti umum sempena Israk Mikraj dan hari Jumaat memang abah cuti. So, pagi-pagi Isnin kami sekeluarga pun bertolaklah ke Kelantan.

Sesampainya di Kelantan, tempat pertama yang dituju ialah Rantau Panjang. Dalam pukul 1 petang macam tu kami sekeluarga selamat sampai di Rantau Panjang. Memang keadaan di sana agak sesak memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah kan. Cuaca pun memang panas. Aku sampai bawak payung ronda-ronda Rantau Panjang tu. Tak kisahlah orang nak kata apa. Sakit kepala kalau berjalan tengah-tengah panas lama sangat. Tak pasal-pasal nanti demam.
Jeans pelbagai saiz, kualiti dan harga...
Matching tak payung dengan baju?

                Setelah hampir dua jam berpanas berlelah di Rantau Panjang, perut pun dah mula berkeroncong, kaki pun dah letih nak melangkah. Kami pun mula meninggalkan kompleks Rantau Panjang dan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Berkat bantuan GPS, sampai jugak kami kat PCB tu kurang lebih dalam pukul 5 petang. Perkara pertama yang dibuat setibanya di PCB adalah mencari tempat tidur. 
  
         Mula-mula kami pergi tanya dekat PCB Resort yang letaknya betul-betul di tepi pantai tetapi penuh. Harga penginapan semalaman ialah RM 258 kut kalau tak salah. Perdana Resort pun penuh. Harga untuk semalaman adalah RM 158 lebih kurang. Then kami terjumpa iklan Guest House kat tepi jalan dan harga semalaman hanyalah RM 50 ringgit. Ada 2 katil, 1 queen dan 1 single. Satu bathroom yang sederhana je dan ruang untuk solat. Padanlah, boleh berjimat sekali. Tidur satu malam je pun. Tak padan nak sewa mahal-mahal, janji boleh lelapkan mata.
                
     Lepas bayar duit kat pak cik yang kami pun tak tahu namanya apa, kami mulalah bawak kain baju masuk dalam bilik. Rehat, bersihkan diri dan solat. Then, “PCB, here we come!”




      Coincidently, kawan lama umi pun ada dekat Kelantan jugak, cari tempat bermalam. Amazingly, umi dan kawan dia tu dah 20 tahun tak jumpa lepas habis belajar. Padahal dua-dua orang duk kat Kedah. Jadi, family kawan umi tu pun sewa bilik kat tempat yang sama dengan kami.
   
    The next day, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung di Terengganu lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai di sana dalam pukul 4 petang.