Pages

Thursday, 28 November 2013

Bagaimana 'Kau' Sekarang?

Dah hampir empat tahun berlalu sejak perkenalan kita. Dan telah hampir empat tahun juga lah kau pergi meninggalkan kami. Tunggu, tunggu, siapakah 'kau' yang sungguh istimewa ini? Kau yang aku maksudkan ni adalah haiwan peliharaan aku yang sulung. Haiwan yang pertama menghiasi rumah aku dan menghiasi hari-hari kami sekeluarga dengan telatah-telatahnya yang comel. Tapi bukan kucing, bukan arnab dan juga bukan hamster. Habis tu apa? Dia tu adalah seekor burung Merbah, atau lebih dikenali dengan nama Yellow Vented Bulbul dan nama saintifiknya Pycnonotus goiavier. Tapi kami panggil dia Kiki kat rumah. 

Sejarah Perkenalan dengan Kiki

Pada suatu hari, adik aku yang bersekolah di Tingkatan Satu sesi petang (sekarang dia Tingkatan 4) hampir-hampir je terpijak baby burung Merbah ni. Masa tu dia dalam perjalanan balik ke rumah. Baby burung Merbah yang hampir dia terpijak tu terbaring tak sedarkan diri kat atas jalan, mungkin baru jatuh dari pokok. Jadi, dia pun bawak balik rumah.

Cepat je dia membesar. Beberapa bulan selepas tu, Kiki makin rapat dengan kami sekeluarga. Dia cuma terbang dalam rumah kami, dunia dia hanyalah dalam rumah kami, bak kata peribahasa ibarat 'Burung Dalam Rumah' (diubahsuai daripada peribahasa Ibarat Katak Bawah Tempurung). Dia makan makanan kami such as nasi, buah-buahan dan dia paling suka Maggie! Yes, Maggie. Mungkin sebab dia nampak Maggie tu melengkoi-lengkoi macam cacing kot? Dan Kiki juga suka kulit udang.


Tapi makin lama, aku perasan yang dia asyik pandang ke luar tingkap. Adakah dia teringin untuk terbang bebas macam burung-burung lain? Mungkinkah naluri keburungan dia kuat untuk bebas di luar? Tapi aku terfikir jugak, bolehkah dia bawak diri and adapt dekat dunia luar yang penuh cabaran tu? Lagipun, dia tak membesar macam burung-burung lain. Bolehkah dia cari makan sendiri? Sedangkan dekat rumah, makanan pun kami yang bagi.


Saat Perpisahan Tiba Jua

Tak tau macam mana, pada suatu hari, Kiki menghilang. Puas cari dalam rumah tapi Kiki tak ada. Baru kami perasan yang tingkap kat rumah ada terbukak sikit. Selalunya kalau ada Kiki kami akan tutup semua tingkap kat rumah, takmau bagi dia keluar dari rumah. Tapi mungkin dah takdir, pada hari tu Kiki terbang ke luar. 

Kami sekeluarga doakan semoga Kiki dapat kehidupan yang lebih baik kat luar sana, dalam habitat dia sendiri, dengan spesies dia sendiri. Walaupun mungkin Kiki dah tak ada lagi di dunia ini, tapi kami selalu rindukan Kiki. Aku harap anak-anak Kiki dapat terbang bebas tanpa apa-apa ancaman pun dekat habitat diorang. Bila nampak burung-burung yang sama dengan Kiki dekat atas pokok, mesti aku akan rindukan Kiki sebab dalam family aku, akulah orang yang paling rapat dengan Kiki.



Tak ada gambar dengan Kiki, ini sumber dari Google Image.


Masa lapar, masa marah, macam ni lah muka Kiki.


We really miss you, my adorable Kiki.

Kiki, we always miss you, never forget about you. The memory you gave us were very meaningful and priceless. Wherever you now, whatever you were doing, I hope you was always happy and cloudless, just the way you are my dear.





Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Wednesday, 27 November 2013

To-Do-List After SPM

SPM tinggal seminggu saja lagi sebelum berakhir, dan cuma tinggal satu paper lagi untuk dijawab iaitu paper ICT. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku tengah menduduki SPM. Ya, SPM! Dulu bila sebut SPM, mesti aku meremang sebab ingat macam susah sangat soalan-soalan dia. Tapi bila diri sendiri yang duduki SPM, baru aku tahu yang SPM ni sebenarnya tak susah sangat pun dengan SYARAT cukup persediaan. Rasa macam tak percaya aku dah 90% mencorak masa depan aku dengan tangan aku sendiri. Perantaranya, tentulah SPM.

Walaupun SPM tak habis lagi, tapi kepala hotakku ini dah sarat dengan aktiviti-aktiviti yang aku nak buat masa cuti nanti. Even sebelum TRIAL pun, perkara-perkara ni dah bermain dalam minda aku. Tak sabar rasanya. Antaranya :-

1. Ambik Lesen Motor dan Kereta
Tak sabar nak bawak kereta sendiri. Macam best je, macam menarik je (untuk orang yang tak pernah pulas stereng kot).. Haha.. But I still have to wait for the sponsor. Mak ayah aku dah janji nak sponsor duit untuk ambil lesen ni. Jadi, kena tunggu keputusan diorang dulu baru boleh ambik. Tengoklah lepas dapat lesen ni, tak lekat kat rumah aih! Mesti ada je alasan nak keluar (nak bawak kereta sebenarnya tue, bukan nak pergi mana pun). But, WATCH OUT! Minyak dah mahal sekarang..

2.Jogging-Turunkan Berat Badan
Tahun 2013 ni memang tahun bagi aku 'menternak' lemak. Asal balik tusyen je lapar. Asal habis study je lapar. Asal balik sekolah je lapar. So, melantak sampai kenyang, tak fikir apa-apa dah. Baru-baru ni, aku dapat tahu yang berat badan aku dah naik. So, terpaksalah menjalankan misi untuk menurunkan berat badan ke paras yang sepatutnya. Dan aku pun sebenarnya dah lama tak exercise keluarkan peluh. Tak salah rasanya kalau nak freshkan otak dengan jogging. And it should start AS SOON AS POSSIBLE which is ESOK! (kalau aku rajin).

3.Kerja?
Sebenarnya kerja ni tak ada pun dekat list dalam kepala hotakku ni. Tapi kalau diberi peluang apa salahnya kan? At least, dapat jugak rasa kepuasan pegang duit hasil titik peluh dan usaha sendiri. Mak ayah aku tak bagi aku kerja sebenarnya, dengan bermacam-macam sebab musabab yang aku rasakan logik. Ayah aku kata, "Kita kalau dah mula pegang duit, kita takkan minat nak belajar lagi dah. Kita lebih suka cari duit". Mak aku kata, "Rehat je lah kat rumah, dah penat belajar. Buat apa nak cari penat lagi". Aku setuju dengan kedua-dua pendapat ni. Jadi, mungkin idea ni patut duduk kat bottom list kot?

4. Belajar Masak
Ya, aku tak pandai masak. I admit it. Mesti malang suami aku nanti, jadi bagi menidakmalangkan suami aku nanti, aku nak belajar masak. Aku minat masak ni sebenarnya, tapi sejujurnya tak ada peluang nak masak. Ni bukan satu alasan okey? Jadi aku berazam sungguh-sungguh yang aku akan jadi chef tak berapa profesional lepas SPM nanti. Dan cikgu aku, mesti lah resepi kat Internet. Hoho.. Kalau ada duit lebih bolehlah masuk kursus masakan kat mana-mana nanti.

5. Belajar Menjahit
Aku minat jugak menjahit ni. Tapi seriously aku tak reti menjahit. Even guna mesin jahit pun aku tak tau macam mana. Yang aku reti jahit guna tangan saja. Kira okeylah tu daripada tak reti langsung kan? Aku berangan sorang-sorang, nanti kalau aku dah pandai jahit, aku nak ambik tempahan. Boleh buat duit. Lepas tu nak jahit baju sendiri, tak payah nak upah mahal-mahal kat tukang jahit. Semestinya, FREE OF CHARGE!

6. Tulis Novel
Last but not least, termasuk jugak dalam senarai, nak tulis novel.. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka baca novel. Aku memang kaki novel. Ada jugak beberapa cerpen yang kononnya aku nak buat (untuk koleksi sendiri) tapi tak pernah siap pun. Yang siap cuma sinopsisnya saja. Kalau nak tulis novel, aku kena betul-betul bagi komitmen sepenuhnya dekat noel yang akan aku tulis tu. But for now, aku even tak ada sinopsis lagi tentang novel yang aku nak tulis. InsyaAllah, aku akan realisasikan jugak impian aku yang aku simpan dari darjah 6 ni.

Itulah sedikit sebanyak list yang aku karang dalam kepala hotakku ini. Aku boleh buat list banyak-banyak macam ni sebab aku tak dapat PLKN! Vaah, gembiranya hati. Aku tak check pun untuk kali kedua, sebab takut dapat pulak.
Aku rasa aku dah buat the best and all out untuk SPM 2013, penentu masa depan aku ni. Dan aku harap result yang akan keluar nanti pun akan GEMPAK macam yang aku harapkan. Aku nak gembirakan hati mak ayah aku, cikgu-cikgu aku yang dah usaha untuk aku selama ni.
WISH ME LUCK! :)


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

Monday, 18 November 2013

Love In Paris

Assalamualaikum.
Love In Paris? Ya, Love In Paris.
Aku rasa sinetron ni macam lain daripada yang lain.Walaupun banyak putar belitnya, macam cerita-cerita Indonesia yang lain tapi ada banyak kejutan yang kita betul-betul tak sangka. Hilang anak? Tu memang wajib ada dalam cerita Indonesia. Dan yang buat aku berfikir apabila tengok cerita Indonesia ni, walaupun kita ada di tempat yang sama, tapi kalau Allah takdirkan kita untuk tak berjumpa, maknanya takkan berjumpa jugak.

Satu scene yang aku masih ingat sampai sekarang adalah scene selepas kematian Aliya, adik Yasmin. Yasmin menghidap leukemia sejak dia lahir, semua ahli keluarga dia jaga dia, makan ubat ikut time sampai ada jam yang ada timer, rawat dengan rapi, tapi kenyataannya ajal tetap di tangan Allah. Bukan Yasmin, tapi Aliya yang sihat walafiat dan sering diabaikan oleh mak ayah diorang yang meninggal dulu.


Salah satu keistimewaan sinetron ni (bagi aku), tempat-tempat diorang shooting sangat sangat sangat cantik dan romantis. Pelakon-pelakon dia pandai memainkan watak, sampai kadang-kadang air mata aku mengalir tanpa disedari. Dan jugak, banyak ayat-ayat cinta yang sweet-sweet.


Tapi kalau dah namanya sinetron, memang banyaklah episod. Apa yang aku dapat daripada hasil penggooglelan aku, ada pulak musim kedua cerita ni. Tu lah kelemahan dia, cerita meleret dan tak padat macam cerita Melayu kita.


Antara ayat-ayat sweet yang sempat aku salin dari sinetron ni:


"Perjuanganku semakin berat

Saat kamu bukan lagi alasanku untuk bertahan hidup
Tapi aku tahu hidupku ini masih belum berakhir
Sehingga Allah menentukan bahawa hidupku sudah selesai.."
-Reno-

"Aku butuh waktu yang lama
Untuk melihat matahari terbit dan terbenam
Aku butuh waktu yang lama
Untuk memahami kebahagiaanku yang sederhana
Aku butuh waktu yang lama
Sebelum akhirnya kamu menyadarkan aku tentang rasa
Dan
Aku butuh waktu yang lebih lama
Meyakini kalau impian aku akan menjadi nyata
Terima kasih sudah memberikan
Sunset terindah dalam hidupku."
-Yasmin-

Pertemuan pertama Yasmin dan Reno di Paris
Michelle Ziudith (Yasmin) yang comel

Dimas Anggara (Reno), senyumnya indah banget

Cantik lorh background dia