Pages

Wednesday, 27 November 2013

To-Do-List After SPM

SPM tinggal seminggu saja lagi sebelum berakhir, dan cuma tinggal satu paper lagi untuk dijawab iaitu paper ICT. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni aku tengah menduduki SPM. Ya, SPM! Dulu bila sebut SPM, mesti aku meremang sebab ingat macam susah sangat soalan-soalan dia. Tapi bila diri sendiri yang duduki SPM, baru aku tahu yang SPM ni sebenarnya tak susah sangat pun dengan SYARAT cukup persediaan. Rasa macam tak percaya aku dah 90% mencorak masa depan aku dengan tangan aku sendiri. Perantaranya, tentulah SPM.

Walaupun SPM tak habis lagi, tapi kepala hotakku ini dah sarat dengan aktiviti-aktiviti yang aku nak buat masa cuti nanti. Even sebelum TRIAL pun, perkara-perkara ni dah bermain dalam minda aku. Tak sabar rasanya. Antaranya :-

1. Ambik Lesen Motor dan Kereta
Tak sabar nak bawak kereta sendiri. Macam best je, macam menarik je (untuk orang yang tak pernah pulas stereng kot).. Haha.. But I still have to wait for the sponsor. Mak ayah aku dah janji nak sponsor duit untuk ambil lesen ni. Jadi, kena tunggu keputusan diorang dulu baru boleh ambik. Tengoklah lepas dapat lesen ni, tak lekat kat rumah aih! Mesti ada je alasan nak keluar (nak bawak kereta sebenarnya tue, bukan nak pergi mana pun). But, WATCH OUT! Minyak dah mahal sekarang..

2.Jogging-Turunkan Berat Badan
Tahun 2013 ni memang tahun bagi aku 'menternak' lemak. Asal balik tusyen je lapar. Asal habis study je lapar. Asal balik sekolah je lapar. So, melantak sampai kenyang, tak fikir apa-apa dah. Baru-baru ni, aku dapat tahu yang berat badan aku dah naik. So, terpaksalah menjalankan misi untuk menurunkan berat badan ke paras yang sepatutnya. Dan aku pun sebenarnya dah lama tak exercise keluarkan peluh. Tak salah rasanya kalau nak freshkan otak dengan jogging. And it should start AS SOON AS POSSIBLE which is ESOK! (kalau aku rajin).

3.Kerja?
Sebenarnya kerja ni tak ada pun dekat list dalam kepala hotakku ni. Tapi kalau diberi peluang apa salahnya kan? At least, dapat jugak rasa kepuasan pegang duit hasil titik peluh dan usaha sendiri. Mak ayah aku tak bagi aku kerja sebenarnya, dengan bermacam-macam sebab musabab yang aku rasakan logik. Ayah aku kata, "Kita kalau dah mula pegang duit, kita takkan minat nak belajar lagi dah. Kita lebih suka cari duit". Mak aku kata, "Rehat je lah kat rumah, dah penat belajar. Buat apa nak cari penat lagi". Aku setuju dengan kedua-dua pendapat ni. Jadi, mungkin idea ni patut duduk kat bottom list kot?

4. Belajar Masak
Ya, aku tak pandai masak. I admit it. Mesti malang suami aku nanti, jadi bagi menidakmalangkan suami aku nanti, aku nak belajar masak. Aku minat masak ni sebenarnya, tapi sejujurnya tak ada peluang nak masak. Ni bukan satu alasan okey? Jadi aku berazam sungguh-sungguh yang aku akan jadi chef tak berapa profesional lepas SPM nanti. Dan cikgu aku, mesti lah resepi kat Internet. Hoho.. Kalau ada duit lebih bolehlah masuk kursus masakan kat mana-mana nanti.

5. Belajar Menjahit
Aku minat jugak menjahit ni. Tapi seriously aku tak reti menjahit. Even guna mesin jahit pun aku tak tau macam mana. Yang aku reti jahit guna tangan saja. Kira okeylah tu daripada tak reti langsung kan? Aku berangan sorang-sorang, nanti kalau aku dah pandai jahit, aku nak ambik tempahan. Boleh buat duit. Lepas tu nak jahit baju sendiri, tak payah nak upah mahal-mahal kat tukang jahit. Semestinya, FREE OF CHARGE!

6. Tulis Novel
Last but not least, termasuk jugak dalam senarai, nak tulis novel.. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka baca novel. Aku memang kaki novel. Ada jugak beberapa cerpen yang kononnya aku nak buat (untuk koleksi sendiri) tapi tak pernah siap pun. Yang siap cuma sinopsisnya saja. Kalau nak tulis novel, aku kena betul-betul bagi komitmen sepenuhnya dekat noel yang akan aku tulis tu. But for now, aku even tak ada sinopsis lagi tentang novel yang aku nak tulis. InsyaAllah, aku akan realisasikan jugak impian aku yang aku simpan dari darjah 6 ni.

Itulah sedikit sebanyak list yang aku karang dalam kepala hotakku ini. Aku boleh buat list banyak-banyak macam ni sebab aku tak dapat PLKN! Vaah, gembiranya hati. Aku tak check pun untuk kali kedua, sebab takut dapat pulak.
Aku rasa aku dah buat the best and all out untuk SPM 2013, penentu masa depan aku ni. Dan aku harap result yang akan keluar nanti pun akan GEMPAK macam yang aku harapkan. Aku nak gembirakan hati mak ayah aku, cikgu-cikgu aku yang dah usaha untuk aku selama ni.
WISH ME LUCK! :)


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

No comments:

Post a Comment