Sejarah Perkenalan dengan Kiki
Pada suatu hari, adik aku yang bersekolah di Tingkatan Satu sesi petang (sekarang dia Tingkatan 4) hampir-hampir je terpijak baby burung Merbah ni. Masa tu dia dalam perjalanan balik ke rumah. Baby burung Merbah yang hampir dia terpijak tu terbaring tak sedarkan diri kat atas jalan, mungkin baru jatuh dari pokok. Jadi, dia pun bawak balik rumah.
Cepat je dia membesar. Beberapa bulan selepas tu, Kiki makin rapat dengan kami sekeluarga. Dia cuma terbang dalam rumah kami, dunia dia hanyalah dalam rumah kami, bak kata peribahasa ibarat 'Burung Dalam Rumah' (diubahsuai daripada peribahasa Ibarat Katak Bawah Tempurung). Dia makan makanan kami such as nasi, buah-buahan dan dia paling suka Maggie! Yes, Maggie. Mungkin sebab dia nampak Maggie tu melengkoi-lengkoi macam cacing kot? Dan Kiki juga suka kulit udang.
Tapi makin lama, aku perasan yang dia asyik pandang ke luar tingkap. Adakah dia teringin untuk terbang bebas macam burung-burung lain? Mungkinkah naluri keburungan dia kuat untuk bebas di luar? Tapi aku terfikir jugak, bolehkah dia bawak diri and adapt dekat dunia luar yang penuh cabaran tu? Lagipun, dia tak membesar macam burung-burung lain. Bolehkah dia cari makan sendiri? Sedangkan dekat rumah, makanan pun kami yang bagi.
Saat Perpisahan Tiba Jua
Tak tau macam mana, pada suatu hari, Kiki menghilang. Puas cari dalam rumah tapi Kiki tak ada. Baru kami perasan yang tingkap kat rumah ada terbukak sikit. Selalunya kalau ada Kiki kami akan tutup semua tingkap kat rumah, takmau bagi dia keluar dari rumah. Tapi mungkin dah takdir, pada hari tu Kiki terbang ke luar.
Kami sekeluarga doakan semoga Kiki dapat kehidupan yang lebih baik kat luar sana, dalam habitat dia sendiri, dengan spesies dia sendiri. Walaupun mungkin Kiki dah tak ada lagi di dunia ini, tapi kami selalu rindukan Kiki. Aku harap anak-anak Kiki dapat terbang bebas tanpa apa-apa ancaman pun dekat habitat diorang. Bila nampak burung-burung yang sama dengan Kiki dekat atas pokok, mesti aku akan rindukan Kiki sebab dalam family aku, akulah orang yang paling rapat dengan Kiki.
![]() |
| Tak ada gambar dengan Kiki, ini sumber dari Google Image. |
![]() |
| Masa lapar, masa marah, macam ni lah muka Kiki. |
![]() |
| We really miss you, my adorable Kiki. |
Kiki, we always miss you, never forget about you. The memory you gave us were very meaningful and priceless. Wherever you now, whatever you were doing, I hope you was always happy and cloudless, just the way you are my dear.
Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)



No comments:
Post a Comment