Pages

Monday, 2 December 2013

Sempadan Waktu

Tersandar aku di kerusi,
Pusing memikirkan perkara yang aku sendiri tak tahu.

Apa?
Apakah perkara yang mengisi ruang imaginasiku ini?

Jujur,
Aku sendiri tidak tahu.

Menanti tarikh 4 Disember tiba,
Menanti jam 2 petang pada hari itu tiba.

Maka,
Sekali lagi perjuanganku akan bermula.
Perjuangan masa depanku,
Akan menari-nari pena melalui tanganku ini,
Mencoretkan jawapan di lembaran kertas,
Selama dua jam setengah.

Menanti lagi,
Menanti jam 4.30 petang pada hari itu.

Maka,
Perjuangan ku berakhir,
Perjuanganku selama 5 tahun selesai.

Sempadan waktu,
Aku wujud di alam rahim,
Aku lahir ke dunia,
Membawaku ke angka 17 tahun,
Mendekatkan kematian kepadaku.

Sempadan waktu,
Juga yang memulakan perjuanganku.

Dan,
Sempadan waktu juga,
Yang membawaku ke pengakhiran perjuanganku.

Iaitu
Hari ini.

Sempadan waktu juga,
Yang akan membawaku menyelami alam lain,
Alam dewasa,
Yang semakin hampir dengnku.

Yang pasti,
Sempadan waktu,
Akan membawaku,
Pasti membawaku,
Satu hari nanti.

Kerana,
Waktu tak pernah,
Dan takkan pernah berhenti.


Izzati Sabri (Esmeralda/Emerald)

No comments:

Post a Comment