Saturday, 25 May 2013
Sunday, 19 May 2013
Desa Kelahiran Bonda
Umi adalah anak jati negeri Terengganu yang bertemu jodoh dengan abah, anak kelahiran negeri Kedah. Mereka berkahwin dan menetap di Kedah. Namun begitu, umi tetap tidak pernah melupakan kampung halaman tempat dia membesar. Dalam satu tahun, berkali-kali kami sekeluarga merentas dua buah negeri iaitu Perak dan Kelantan untuk tiba di Terengganu. Perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam itu memang agak memenatkan dan meletihkan, namun itulah pengalaman yang tidak akan dapat dibeli di mana-mana. Di sana, aku sering mengalami masalah komunikasi dengan saudara mara yang lain memandangkan dialek mereka amat berbeza dengan dialek utara. Tapi, redah sahajalah. Makanan di sana pula tidak kena dengan selera utaraku. Mana tidaknya, aku ini dibesarkan dan dibiasakan dengan makanan dan budaya orang Kedah. Walaupun terdapat banyak pertembungan budaya, aku tetap sayang desa kelahiran bonda iaitu Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payung, Terengganu.
![]() |
| Halaman teratak nenda |
![]() |
| Kereta ibu saudara |
![]() |
| Rumah tempat umi membesar |
![]() |
| Haiwan kesayangan nenek |
Saturday, 18 May 2013
Hari Ini
Hari ini, bertanya lagi.
Hari ini, berfikir lagi.
Hari ini, masih mencari jawapan.
Hari ini, termenung lagi.
Hari ini, masih tiada jawapan.
Hari ini, termangu-mangu mencari jawapan,
tiada yang pasti..
Hari ini, berfikir lagi.
Hari ini, masih mencari jawapan.
Hari ini, termenung lagi.
Hari ini, masih tiada jawapan.
Hari ini, termangu-mangu mencari jawapan,
tiada yang pasti..
Friday, 17 May 2013
Izinkan Aku Menulis Lagi
Tiada sesiapa pun boleh melawan arus pemodenan yang kian deras membanjiri seluruh pelosok dunia. Aku juga. Aku juga semakin lemas dalam realiti kehidupan kini. Hingga aku lupa siapa sebenarnya diriku. Siapa aku?
Aku yang suka menulis semakin hilang ghaib dipancar sinar sang mentari yang terik kerana kegagalan spesiesku menjaga keharmonian alam sekitar. Begitulah aku diibaratkan.
Jadi,
Izinkan aku menulis lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)






