Pages

Sunday, 19 May 2013

Desa Kelahiran Bonda

Umi adalah anak jati negeri Terengganu yang bertemu jodoh dengan abah, anak kelahiran negeri Kedah. Mereka berkahwin dan menetap di Kedah. Namun begitu, umi tetap tidak pernah melupakan kampung halaman tempat dia membesar. Dalam satu tahun, berkali-kali kami sekeluarga merentas dua buah negeri iaitu Perak dan Kelantan untuk tiba di Terengganu. Perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam itu memang agak memenatkan dan meletihkan, namun itulah pengalaman yang tidak akan dapat dibeli di mana-mana. Di sana, aku sering mengalami masalah komunikasi dengan saudara mara yang lain memandangkan dialek mereka amat berbeza dengan dialek utara. Tapi, redah sahajalah. Makanan di sana pula tidak kena dengan selera utaraku. Mana tidaknya, aku ini dibesarkan dan dibiasakan dengan makanan dan budaya orang Kedah.  Walaupun terdapat banyak pertembungan budaya, aku tetap sayang desa kelahiran bonda iaitu Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payung, Terengganu.

Halaman teratak nenda

Kereta ibu saudara

Rumah tempat umi membesar

Haiwan kesayangan nenek

No comments:

Post a Comment