Assalamualaikum..
It's been a while since the last entry kan? Well, now I'm CFSIIUMian so kebusyiannya mengalahkan Perdana Menteri gitu. Okay, waktu berumur 18 tahun, aku dapat satu pengalaman baru iaitu pengalaman pertama berjauhan dari parents. Pada mulanya, serius eksaited gila tahap beruk dapat bunga sebab yelah nak hidup sendiri + hidup berdikari + hidup dengan bebas. Tapi baru dua jam lepas umi dengan abah aku balik rumah lepas hantar aku kat CFSIIUM masa hari pendaftaran, perasaan homesick tu mula menghantui aku. Baru 2 jam weh. Padahal aku ada 2 tahun kat sini. Tapi Alhamdulillah day by day homesick tu fade dengan sendiri.
And another hard thing is when we have to adapt with the new environment. Aku ni dah la ada masalah besar nak deal dengan environment baru. Tambahan pulak bila environment baru tu berubah 360 darjah. Aku dah la datang ke CFSIIUM ni sebatang kara, seorang kawan masa sekolah pun takdak. Tapi nasib baik lah roomate aku semuanya satu kepala dengan aku. So ke'homesick'an tu taklah terasa sangat. And the most important thing is aku tak rasa isolated kat sini. Yeah!
Dalam pro ada jugak cons nya. Dekat sini every weekend boleh outing dengan syarat balik CFSIIUM sebelum pukul 10 malam. If you failed to do so, then melayanglah RM50 sebab kena saman dengan pak guard. Kalau kita tak pakai kad matrik atau tak pakai proper attire masa outing atau pergi kelas, pak guard konfem akan saman. Okey, kembali kepada main point pasal outing. PJ kan jiran merangkap kawan baik KL, so kalau outing banyak la tempat menarik yang aku boleh pergi. Dan yang paling common dengan CFSIIUMian ialah........Mid Valley!
Cerita punya cerita, study punya study, quiz punya quiz sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar aku hanya tinggal lagi 4 minggu sebelum final exam. Oh, how time flies. Serius cakap, aku eksaited gila nak final exam sebabnya lepas final exam aku boleh spend time lebih kurang 3 bulan sepuas-puasnya kat rumah tanpa perlu fikir nak balik ke sini. Yeay! Kalau zaman SPM dulu, lagi sebulan nak exam semua orang dah sibukkan diri dengan buat latihan. And of course silibus dah habis awal. Tapi kat sini, 4 minggu lagi nak final exam, silibus pun belum habis lagi. Latihan jangan kata lah, latihan dibuat hanya apabila madam suruh. Sebab memang takdan beb.
Masa rasa sempit sangat kat sini sebab kena selesaikan banyak benda dalam satu masa. Kelas dari pukul 9 sampai pukul 6, so aku hanya ada masa nak revision + buat latihan + buat homework + buat assignment + buat projek + buat taktau hanya pada waktu malam sahaja. Waktu malam tu lah nak berfacebook, berwasap, bergosip dengan roomate, berkokurikulum, berprogram dan banyak lagi ber yang ada dalam dunia ni. Haish. Kesimpulannya siapa yang tak pandai nak manage time tu memang hancusss la.
![]() |
| Aku suka gambar ni sebab aku macam tengah menanti kepulangan suami di pagi hari raya yang bahagia. Cewah. ><
Dengan ini, saya, IZZATI SABRI chiow dulu sebab saya nak study Chemistry. Lusa ialah Kuiz. Waaaa.....><
p/s : Tengah orang dok sibuk-sibuk nak update blog, orang sebelah ni pun seybowk nak update blog jugak. Huh! Do visit http://prettypinkyprincess.blogspot.com/. Aku nak usha dia ada mengumpat aku ke tak. Hmm Hmm, kalau ada siapla kau Anis, perang bantal bakal meletus malam ni!!!!
Oh, lupa pulak nak bagitahu, CFSIIUM tu stand for Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia. Hehe, jangan marah, peace yo! |




