Baru-baru ni, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah aku telah menganjurkan satu program yang aku rasakan sangat-sangat berguna untuk sesiapa yang nak menghadiri temuduga, tak kiralah sama ada temuduga untuk mendapatkan kerja atau mendapatkan biasiswa atau apa-apa sahaja temuduga.
First of all, perkara yang paling penting untuk berjaya dalam sesebuah temuduga adalah RESUME! Apa itu Resume? Ok, resume tu sebenarnya ringkasan maklumat peribadi. Yang wajib ada dalam resume adalah ringkasan peribadi, kemahiran dan kekuatan diri dan juga kejayaan yang pernah dicapai. Jangan lupa sertakan maklumat peribadi seperti nama, emel peribadi, alamat semasa dan nombor telefon semasa.
Ok, itu basic sahaja. Perkara penting yang WAJIB ada dalam resume adalah:
1. Gambar Pasport
2. Maklumat Peribadi
-Nama penuh dan IC
-Alamat (Semasa dan Tetap)
-Nombor telefon dan emel (Rasmi)
3. Tahap Pendidikan
4. Pengalaman Kerja atau Praktikal
5. Maklumat Tambahan
-Kokurikulum
-Kemahiran
-Pencapaian
6.Objektif (Matlamat Kerjaya)
7. Gaji yang diminta
-Dalam bentuk julat
8.Rujukan
-Orang yang dikenali >5 tahun
-Bukan adik beradik atau saudara-mara.
Tujuh kesalahan Resume :
1. Tiada surat iringan (jawatan apa yang hendak dimohon)
2. Nama penerima tidak spesifik
-Perlu tahu nama majikan
3. Kesalahan ejaan
4. Membosankan - ayat tidak gramatis
5. Tidak proaktif
6. Terlalu panjang - maksimum hanya 2 page
7. Tidak menipu/maklumat palsu atau menokok tambah
Ok,, enough of resume. Dah selesai dan siap resume tu, kita perlulah tumpukan perhatian pada persediaan untuk menghadiri temuduga. Proses temuduga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas. Proses yang paling penting dan perlu diberi perhatian yang lebih adalam proses sebelum menghadiri temuduga.
Persediaan yang perli dititikberatkan sebelum menghadiri temuduga :
1. Dapatkan maklumat asas mengenai temuduga dengan tepat seperti tarikh, hari, masa dan
tempat. Pastikan kita tidak terlewat untuk sampai ke tempat temuduga. sebaik-baiknya
30 minit sebelum temuduga bermula.
2. Mengkaji bakal majikan. Pastikan kita tahu serba sedikit mengenai majikan di tempat
kerja yang kita apply. This is so important sebab majikan tu akan tahu sama ada kita ada
buat research atau tidak dan serius atau tidak untuk dapatkan kerja di syarikat dia.
3. Kita perlu mengenali diri kita sendiri seperti kekuatan dan kelemahan yang ada. Ni
penting untuk memudahkan kita menjawab soalan-soalan cepumas yang akan diajukan
nanti.
4. Sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa seperti salinan IC, salinan sijil lahir,
resume dan sijil.
5. Pastikan pakaian kita kemas dan seboleh-bolehnya memakai baju berwarna cerah. Dan
bagi perempuan, kasut mestilah bertutup dan bertumit sekurang-kurangnya 2 inci.
Proses Temuduga:
1. Peringkat 1
- Adakan sedikit perbualan ringan dengan penemuduga dan ceritakan sedikit latar
belakang diri.
2. Peringkat 2
-Ceritakan kelayakan yang boleh melayakkan kita mendapatkan kerja atau jawatan yang
ditawarkan.
3. Peringkat 3
- Bertukar maklumat dengan penemuduga dan pastikan kena ada eye-contact dengan
diorang sebab ini melambangkan keyakinan diri kita. Jangan dia tanya sepatah kita
jawab pun sepatah.
4. Peringkat 4
-Penutup perbualan.
Selepas Temuduga:
Selepas 5 hingga 7 hari, hubungi organisasi atau syarikat tersebut dan dapatkan jawapan mengenai perkembangan jawatan yang dipohon. Kalau diorang bagi jawapan yang tak jelas untuk menunjukkan kita dapat kerja tu atau tak, proceed je dengan temuduga yang lain di tempat lain.
Harap-harap sedikit sebanyak tips ini akan membantu dan berguna. So, good luck!
No comments:
Post a Comment