Assalamualaikum..
Lama tak update blog. Aku memang agak busy sikit latey ni sebab TRIAL pun dah dekat. Tapi cikgu-cikgu kat sekolah aku tu macam tak bagi kami study je, kerja sekolah punyalah berlambak.. Takpa cikgu, selagi boleh bagi cikgu bagilah. Kami anak-anak murid ni terima dengan hati yang terbuka. Nanti tahun depan rindu pulak nak buat homework banyak-banyak cam gini..
Nampak tajuk kat atas? Cikgu H.S. tu bukan nama sebenar. Aku dengan kawan-kawan aku yang nickname kan dia. Dia ni cikgu practical, aku pun tak sure bila dia start practical kat sekolah kami. Mula tu aku buat tak tau je lah.
Pada suatu hari Rabu yang indah, Cikgu H.S. telah masuk ke kelas kami ganti cikgu yang tak hadir. First impression tengok dia dari dekat, wow handsome, tapi kurus sikit. Aku time tu nak buat kerja sekolah memang agak bengang sikit sebab dia cakap banyak, ganggu aku nak berfikir. Tapi layan jugak sebab hormat. Mula tu, tak ada rasa apa-apa pun kat dia. Start hari tu, tak tau lah macam mana, aku dan dua orang sahabat baik aku pun dah terkena virus dia. Virus angau dan suka dengan muka hensem dia. Macam budak-budak perempuan lain kat sekolah kami.
Dalam tandas pun diorang ni gosip pasal dia. Aku dengan kawan-kawan aku biasa ja, tak ada lah obvious sangat yang kami ni dah terkena virus Cikgu H.S. ni. Tapi nasib baik lah Cikgu H.S. ni dah berpunya. Kalau tak, mesti budak-budak kat sekolah aku tu tak boleh tidur malam. Girlfriend dia pun comel, memang sesuai dan sangat sesuai dengan dia. Kalau nak dibandingkan kami yang mungkin bagi dia masih kebudak-budakkan, memang kalah awal lagi.
Lagipun dia kat sekolah kami sampai 1 Ogos sahaja, iaitu sampai minggu depan. So, secara automatiknya nanti selepas raya virus ini pun akan ikut Cikgu H.S. menular kat tempat lain pulak. Macam Influenza H1N1 yang sepi macam tu sahaja sekarang ni.
Selamat Berpuasa dan Selamat Malam!
No comments:
Post a Comment