First week cuti sekolah kena
pergi sekolah. Tusyen start from Sabtu sampai Khamis. So, kiranya SPM
Candidates 2013 ni cuma cuti seminggu je lah untuk cuti semester pertengahan
tahun kali ini. Tapi takpelah, daripada duduk kat rumah tak buat pape. Lebih
baik pergi sekolah tambahkan ilmu. Takde pape yang rugi pun, kan?
Menjelang
minggu kedua cuti sekolah, umi aku pun ambil keputusan untuk cabut balik
kampung. Umi plan nak singgah Kelantan, bermalam semalaman lepas tu baru teruskan
perjalanan ke Terengganu. Abah ambil cuti tiga hari iaitu hari Isnin, Selasa
dan Rabu. Hari Khamis (06/06/13) memang orang Kedah cuti umum sempena Israk
Mikraj dan hari Jumaat memang abah cuti. So, pagi-pagi Isnin kami sekeluarga
pun bertolaklah ke Kelantan.
Sesampainya di
Kelantan, tempat pertama yang dituju ialah Rantau Panjang. Dalam pukul 1 petang
macam tu kami sekeluarga selamat sampai di Rantau Panjang. Memang keadaan di
sana agak sesak memandangkan sekarang ni tengah cuti sekolah kan. Cuaca pun
memang panas. Aku sampai bawak payung ronda-ronda Rantau Panjang tu. Tak
kisahlah orang nak kata apa. Sakit kepala kalau berjalan tengah-tengah panas
lama sangat. Tak pasal-pasal nanti demam.
![]() |
| Jeans pelbagai saiz, kualiti dan harga... |
![]() |
| Matching tak payung dengan baju? |
Setelah
hampir dua jam berpanas berlelah di Rantau Panjang, perut pun dah mula
berkeroncong, kaki pun dah letih nak melangkah. Kami pun mula meninggalkan
kompleks Rantau Panjang dan menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Berkat bantuan
GPS, sampai jugak kami kat PCB tu kurang lebih dalam pukul 5 petang. Perkara
pertama yang dibuat setibanya di PCB adalah mencari tempat tidur.
Mula-mula
kami pergi tanya dekat PCB Resort yang letaknya betul-betul di tepi pantai tetapi
penuh. Harga penginapan semalaman ialah RM 258 kut kalau tak salah. Perdana
Resort pun penuh. Harga untuk semalaman adalah RM 158 lebih kurang. Then kami
terjumpa iklan Guest House kat tepi jalan dan harga semalaman hanyalah RM 50
ringgit. Ada 2 katil, 1 queen dan 1 single. Satu bathroom yang sederhana je dan
ruang untuk solat. Padanlah, boleh berjimat sekali. Tidur satu malam je pun.
Tak padan nak sewa mahal-mahal, janji boleh lelapkan mata.
Lepas
bayar duit kat pak cik yang kami pun tak tahu namanya apa, kami mulalah bawak
kain baju masuk dalam bilik. Rehat, bersihkan diri dan solat. Then, “PCB, here
we come!”
Coincidently, kawan lama umi pun
ada dekat Kelantan jugak, cari tempat bermalam. Amazingly, umi dan kawan dia tu dah 20 tahun tak jumpa lepas habis belajar. Padahal dua-dua orang duk kat Kedah. Jadi, family kawan umi tu pun sewa bilik kat tempat yang sama dengan kami.
The next day, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung di Terengganu lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai di sana dalam pukul 4 petang.
The next day, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung di Terengganu lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai di sana dalam pukul 4 petang.




No comments:
Post a Comment