Pages

Thursday, 5 December 2013

Pengajaran Dari Kartun Spongebob Squarepants

Assalamualaikum.
(Tak jawab dosa tau)

Tepat jam 4.30 petang, 4 Disember 2013, status calon SPM yang aku pegang selama setahun ni dah bertukar menjadi Lepasan SPM. Alangkah leganya, hanya Allah yang tahu. Memandangkan SPM 2013 baru je melabuhkan tirai dan mengucapkan bye-bye kat aku kelmarin, jadi hari ini aku isytiharkan sebagai hari bermalas-malasan dan hari berilek-rilekan sedunia!

Selama 17 tahun aku hidup, tak pernah pun aku terfikir pasal benda ni. Benda apa? Tu yang tajuk kat atas tu. Mungkin inilah tandanya fikiran aku dah semakin matang. Hehe. Ok, saja nak buat kesimpulan daripada kartun Spongebob yang sangat popular dan feymes. Kalau masih ada manusia dalam dunia ni yang tak kenal siapa itu Spongebob memang tak tahu la nak kata apa. Penat memerah otak, ini dia sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat kesan melalui rancangan kartun popular ini.



1. Semangat Setia Kawan
Semangat ini memang sangat menonjol terutamanya melalui watak Spongebob dan Patrick. Bersahabat dan berkawan tanpa peduli siapa sahabat kita itu. Macam Patrick dan Spongebob, mereka berdua bukanlah dari spesies yang sama. Bahkan Spongebob pun bukan hidupan laut. Tapi boleh je berkawan rapat dengan Patrick. As a Malaysians yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita sepatutnya mencontohi nilai persahabatan yang ditonjolkan oleh makhluk penghuni lautan yang berdua ni. Persahabatan tak perlukan apa-apa syarat kan?

2. Cinta dan Sukakan Apa Juga Perkara yang Dilakukan
Spongebob sangat sangat sangat mencintai pekerjaan dia sebagai tukang masak. Even kalau dia sakit pun, dia tetap nak teruskan kerja dan tak mahu sunguh-sungguh ambil cuti. Kalau kita, pantang dapat cuti kan? Sikap macam ni sepatutnya dicontohi oleh semua rakyat Malaysia sebabnya dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Spongebob dan Patrick juga sangat enjoy tangkap obor-obor. Jadi, aktiviti macam ni sebenarnya dapat mengurangkan stress kita sekali gus kadar pesakit mental kat negara kita ni pun dapat dikurangkan jugak.



3. Tak Pernah Berputus Asa
Squidward ni aku tak tahu lah dia tahu ke tak yang dia tu memang tak berbakat langsung main klarinette, tapi dia tetap terus berlatih. Dengan suara dia yang sengau tu, dia tetap menyimpan angan-angan nak jadi penyanyi solo. Squidward pun nak hidup mewah macam musuh ketat dia, Squilliam. Walaupun kadang-kadang impian kita tu tak masuk akal dan tak mungkin tercapai, tapi kita mesti terus percaya bahawa tanpa usaha semua angan-angan kita tu akan sia-sia. Thomas Edison dan Alexander Graham Bell dulu pun diketawakan orang jugak, tapi dengan usaha yang berterusan satu dunia hargai mereka sekarang.

Aku harap pengajaran yang ditonjolkan dalam kartun Spongebob Squarepants ni dapat dicontohi dan diaplikasi dalam kehidupan seharian supaya jadi lebih baik. Jangan tahu tengok semata-mata, tapi kena jugak fikir apa mesej yang ingin disampaikan oleh manusia-manusia belakang tabir.


Senyuman dan keceriaan yang ditunjukkan mereka dapat menceriakan kehidupan orang lain.

2 comments:

  1. setuju dengan semua point tu .. terutamanya nilai persahabatan tu.. nilai persahabatan antra spongebob dgn patrick tak pernah lupus...dorang ni mmg saling bantu membantu (:

    ReplyDelete
  2. sponge adalah hidupan laut juga

    ReplyDelete